Powered by Blogger.
RSS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

About Me

My Photo
Muhd Maawardi Bin Ahmad
Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan [Pendidikan Islam/Bahasa Arab] Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
View my complete profile

Tuesday 1 November 2011

PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Makkah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahiliyah. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
Setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Makkah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M.
Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M). Hudaibiyah ialah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kota Makkah. Disinilah dimetrikan perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata di antara umat Islam dengan kafir Quraisy Makkah  dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena tempat perjanjian tersebut termetri.

FAKTOR MENDORONG  RASULULLAH  DAN  SAHABAT KEMBALI KE MEKAH
1.      Perasaan rindu yang amat sangat terhadap keluarga, sanak saudara & tempat kelahiran mereka di Mekah ( setelah 6 tahun ditinggalkan)
  1. Kedudukan umat Islam sudah kuat dan  mantap setelah umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin Quraisy dalam beberasa peperangan dan  mengatasi ancaman Yahudi di Madinah
  2. Rasulullah s.a.w.  telah bermimpi mengunjungi Baitullah,  bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah & Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat.
  3. Kekuatan Iman dan  azam umat Islam untuk menziarahi Baitullah

LATARBELAKANG TERMETRINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Pada 1 Zulkaedah tahun ke-6 hijrah Rasulullah s.a.w.  dan pengikutnya seramai 1400 orang berangkat ke Mekah dengan niat mengerjakan umrah. Apabila rombongan Rasulullah s.a.w. telah hampir ke Kota Mekah, pihak musyrikin Makkah telah menghantar wakilnya Budail bin Warqa' al Khuzai  untuk memberitahu bahawa  musyrikin Makkah telah bersedia dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam. Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Budail memaklumkan  semula kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan kaum muslimin adalah untuk menziarah bukan untuk berperang  dan  Rasulullah s.a.w. juga berharap dapat diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak satu tempoh tertentu.

Musyrikin Makkah telah menghantar pula Urwah bin Masud untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan. Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Saidina Uthman bin Affan  untuk berunding dengan pihak kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga  hari oleh pihak kafir Quraisy. Rasulullah s.a.w.  telah menerima berita bahawa Saidina Uthman telah dibunuh. Oleh itu Rasulullah s.a.w.  dan  rombongannya telah bermesyuarat  dan  bersetuju membuat sumpah setia untuk menuntut bela kematiah saidina Uthman.

Sumpah Setia ini dinamakan Bai'atur Ridhwan /  Bai'atus  Syajarah , Sempena tempat  janji setia itu  diadakan iaitu di bawah  pokok bernama  "Ridhwan"  ( Surah al Fath , ayat: 10). Setelah Musyrikin Makkah mengetahui keputusan rombongan Islam untuk membela kematian Saidina Uthman, mereka membuat keputusan membebaskannya semula. Pihak Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail bin  Amr utk berunding dengan Rasulullah s.a.w. bersetuju mengadakan perjanjian dengan pihak Islam di Hudaibiyah. Perjanjian ini dikenali  dengan nama Perjanjian Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya perjanjian tersebut .

Isi Perjanjian Hudaibiyah
  1. Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  2. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  3. Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  4. Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  5. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  6. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

KESAN PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH
  1. Orang Islam dan orang Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
  2. Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Makkah dari cengkaman jahiliyah
  3. Dapat menghindar dan mengelakkan pertumpahan darah antara kedua pihak
  4. Dakwah Islam dapat disebarkan  dengan bebas di Makkah dan  luar Makkah
  5.  Ramai orang kafir memeluk agama Islam secara terang-terangan.

Setelah memasuki Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf, mengucup Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Makkah yang pernah menentang Islam.

KESIMPULAN
Kesan perjanjian Hudaibiyah ini ternyata lebih menguntungkan Islam dan  merugikan pihak Musyrikin Makkah. Selepas dua tahun perjanjian damai Hudaibiyah ini dimeterai, penganut agama Islam bertambah ramai. Kepesatan kemajuan perkembangan Islam dan  bertambahnya pengikut Agama Islam ini ,menimbulkan perasaan dengki dan  geram Musyrikin Makkah   dan  mereka semakin  memusuhi umat Islam . Akhirnya mereka bertindak melangar Perjanjian Damai Hudaibiyah



Sunday 30 October 2011

Hakikat Hidup



SUSAH dan senang. Dua entiti yang berbeza serta memberi konotasi yang berbeza juga. Antara susah dan senang, ramai yang memilih untuk senang.Kerana senang akan memberi keselesaan bukan sahaja dari aspek fizikal malahan juga mental. Senang akan membuat kehidupan lebih bermakna.

Itu adalah pendapat sesetengah orang.

Susah pula ditafsirkan sebagai suatu keadaan yang bakal membuatkan fizikal dan mental seseorang sakit, pening, dan kadang boleh melarat kepada suatu keadaan yang lebih teruk. Malah ada yang sanggup membunuh diri demi untuk tidak menghadapi satu keadaan yang dinamakan kesusahan.

Nasab Rasulullah SAW



بســــــــم الله الرحمن الرحيم

            `Syekh Imam Al-Hafiz Abu Muhammad Abdul Ghani bin Abdul Wahid Al-Maqdisy –semoga Allah SWT meridhainya- berkata:
Segala puji bagi Allah SWT pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bisa membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat. Semoga shalawat dan salam selalu tercurah kepada Nabi Muhammad SAW pemimpin para nabi dan rasul, keluarga dan para sahabatnya yang mulia.

Amma ba’du, ini adalah ringkasan dari sejarah Rasulullah Muhammad SAW yang penting untuk diketahui oleh setiap muslim. Harapan kami, semoga ia bermanfaat untuk  para pembaca.

Nasab Rasulullah SAW
Beliau adalah Abu al-Qasim Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bin Abdimanaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaima bin Mudrikah bin Ilyas bin bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Udad bin al-Muqawwam bin Nahur bin Tayrah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim "Kekasih Allah" (alaihima as-salam) bin Tarih atau Azar bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Aybir bin Syalikh bin bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh (alaihis salam) bin Lamk bin Mutusyalkh bin Akhnukh -- yaitu Nabi Idris keturunan Nabi Adam yang pertama menjadi nabi dan yang menulis dengan pena -- bin Yarda bin Mahlil bin Qinan bin Yanish bin Syits bin Adam alaihissalam.
Nasab ini disebutkan oleh Muhammad bin Ishak bin Yasar al-Madani di salah satu riwayatnya. Nasab Rasulullah sampai Adnan disepakati oleh para ulama, sedangkan setelah Adnan terjadi perbedaan pendapat. Yang dimaksud Quraisy adalah putra Fihr bin Malik atau an-Nadhr bin Kinanah.

ETIKA KEHIDUPAN MUSLIM


Etika Tidur dan Bangun




1.    Berintrospeksi diri (muhasabah) sesaat sebelum tidur. Sangat dianjurkan sekali bagi setiap muslim bermuhasabah (berintrospeksi diri) sesaat sebelum tidur, mengevaluasi segala perbuatan yang telah ia lakukan di siang hari. Lalu jika ia dapatkan perbuatannya baik maka hendaknya memuji kepada Allah Subhanahu wata'ala dan jika sebaliknya maka hendaknya segera memohon ampunan-Nya, kembali dan bertobat kepada-Nya.
2.    Tidur dini, berdasarkan hadits yang bersumber dari `Aisyah Radhiallahu'anha "Bahwasanya Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam tidur pada awal malam dan bangun pada pengujung malam, lalu beliau melakukan shalat".(Muttafaq `alaih)
3.    Disunnatkan berwudhu' sebelum tidur, dan berbaring miring sebelah kanan. Al- Bara' bin `Azib Radhiallahu'anhu menuturkan : Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Apabila kamu akan tidur, maka berwudlu'lah sebagaimana wudlu' untuk shalat, kemudian berbaringlah dengan miring ke sebelah kanan..." Dan tidak mengapa berbalik kesebelah kiri nantinya.
4.    Disunnatkan pula mengibaskan sperei tiga kali sebelum berbaring, berdasarkan hadits Abu Hurairah Radhiallahu'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengirapkan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya..." Di dalam satu riwayat dikatakan: "tiga kali". (Muttafaq `alaih).
5.    Makruh tidur tengkurap. Abu Dzar Radhiallahu'anhu menuturkan :"Nabi Shallallahu'alaihi wasallam pernah lewat melintasi aku, dikala itu aku sedang berbaring tengkurap. Maka Nabi Shallallahu'alaihi wasallam membangunkanku dengan kakinya sambil bersabda :"Wahai Junaidab (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya berbaring seperti ini (tengkurap) adalah cara berbaringnya penghuni neraka". (H.R. Ibnu Majah dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
6.    Makruh tidur di atas dak terbuka, karena di dalam hadits yang bersumber dari `Ali bin Syaiban disebutkan bahwasanya Nabi Shallallahu'alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa yang tidur malam di atas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya". (HR. Al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
7.    Menutup pintu, jendela dan memadamkan api dan lampu sebelum tidur. Dari Jabir ra diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam telah bersabda: "Padamkanlah lampu di malam hari apa bila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman". (Muttafaq'alaih).
8.    Membaca ayat Kursi, dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah, Surah Al-Ikhlas dan Al-Mu`awwidzatain (Al-Falaq dan An-Nas), karena banyak hadits-hadits shahih yang menganjurkan hal tersebut.
9.    Membaca do`a-do`a dan dzikir yang keterangannya shahih dari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam, seperti : Allaahumma qinii yauma tab'atsu 'ibaadaka. "Ya Allah, peliharalah aku dari adzab-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali segenap hamba-hamba-Mu". Dibaca tiga kali.(HR. Abu Dawud dan di hasankan oleh Al Albani)
10.    Dan membaca: Bismika Allahumma Amuutu Wa ahya. "Dengan menyebut nama- Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup." (HR. Al Bukhari)
11.    Apabila di saat tidur merasa kaget atau gelisah atau merasa ketakutan, maka disunnatkan (dianjurkan) berdo`a dengan do`a berikut ini : "A'uudzu bikalimaatillaahit taammati min ghadhabihi Wa syarri 'ibaadihi, wa min hamazaatisy syayaathiini wa an yahdhuruuna." Artinya, "Aku berlindung dengan Kalimatullah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan hamba-hamba-Nya, dari gangguan syetan dan kehadiran mereka kepadaku". (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh Al Albani)
12.    Hendaknya apabila bangun tidur membaca : "Alhamdu Lillahilladzii Ahyaanaa ba'da maa Amaatanaa wa ilaihinnusyuur" Artinya, "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikan-Nya, dan kepada-Nya lah kami dikembalikan." (HR. Al-Bukhari)