Pembukaan Kota Mekah
(bahasa Arab:
فتح مكة,
Fathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Makkah daripada pengaruh, amalan
dan cengkaman jahiliyah. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi
sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab
jahiliyah.
Setelah lapan tahun
berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Makkah
secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam
dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M.
Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M). Hudaibiyah ialah sebuah kampung yang
terletak berhampiran Kota Makkah. Disinilah dimetrikan perjanjian damai yang
membawa kepada gencatan senjata di antara umat Islam dengan kafir Quraisy
Makkah dinamakan Perjanjian Hudaibiyah.
Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena tempat perjanjian tersebut termetri.
FAKTOR MENDORONG RASULULLAH
DAN SAHABAT KEMBALI KE MEKAH
1. Perasaan rindu yang amat sangat terhadap keluarga, sanak saudara &
tempat kelahiran mereka di Mekah ( setelah 6 tahun ditinggalkan)
- Kedudukan umat
Islam sudah kuat dan mantap setelah
umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin Quraisy dalam beberasa peperangan
dan mengatasi ancaman Yahudi di
Madinah
- Rasulullah
s.a.w. telah bermimpi mengunjungi
Baitullah, bercukur rambut,
mengambil anak kunci Baitullah & Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat.
- Kekuatan Iman
dan azam umat Islam untuk
menziarahi Baitullah
LATARBELAKANG TERMETRINYA PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
Pada 1 Zulkaedah tahun ke-6 hijrah
Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya
seramai 1400 orang berangkat ke Mekah dengan niat mengerjakan umrah. Apabila
rombongan Rasulullah s.a.w. telah hampir ke Kota Mekah, pihak musyrikin Makkah
telah menghantar wakilnya Budail bin Warqa' al Khuzai untuk memberitahu bahawa musyrikin Makkah telah bersedia dengan
senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam. Rasulullah s.a.w telah
mengarahkan Budail memaklumkan semula
kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan kaum muslimin adalah untuk menziarah
bukan untuk berperang dan Rasulullah s.a.w. juga berharap dapat
diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak satu tempoh tertentu.
Musyrikin Makkah
telah menghantar pula Urwah bin Masud untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w.
Tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan. Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan
Saidina Uthman bin Affan untuk berunding
dengan pihak kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga hari oleh pihak kafir Quraisy. Rasulullah
s.a.w. telah menerima berita bahawa
Saidina Uthman telah dibunuh. Oleh itu Rasulullah s.a.w. dan
rombongannya telah bermesyuarat
dan bersetuju membuat sumpah
setia untuk menuntut bela kematiah saidina Uthman.
Sumpah Setia
ini dinamakan Bai'atur Ridhwan /
Bai'atus Syajarah , Sempena
tempat janji setia itu diadakan iaitu di bawah pokok bernama
"Ridhwan" ( Surah al
Fath , ayat: 10). Setelah Musyrikin Makkah mengetahui keputusan rombongan Islam
untuk membela kematian Saidina Uthman, mereka membuat keputusan membebaskannya
semula. Pihak Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail bin Amr utk berunding dengan Rasulullah s.a.w.
bersetuju mengadakan perjanjian dengan pihak Islam di Hudaibiyah. Perjanjian ini
dikenali dengan nama Perjanjian
Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya perjanjian tersebut .
Isi Perjanjian Hudaibiyah
- Gencatan
senjata selama sepuluh tahun.
- Orang Islam
dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga
hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
- Bekerjasama
kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy
yang lari ke pihak Islam tanpa
kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam
yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu
dikembalikan.
- Kedua-dua pihak
boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh
membantu peperangan.
KESAN PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH
- Orang Islam dan orang
Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
- Membuka peluang
kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Makkah
dari cengkaman jahiliyah
- Dapat menghindar
dan mengelakkan pertumpahan darah antara kedua pihak
- Dakwah Islam dapat
disebarkan dengan bebas di Makkah
dan luar Makkah
- Ramai orang kafir memeluk agama Islam
secara terang-terangan.
Setelah memasuki Kota
Makkah, Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf, mengucup Hajar Aswad dan memusnahkan
berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air
zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Makkah yang
pernah menentang Islam.
KESIMPULAN
Kesan perjanjian Hudaibiyah ini ternyata
lebih menguntungkan Islam dan merugikan
pihak Musyrikin Makkah. Selepas dua tahun perjanjian damai Hudaibiyah ini
dimeterai, penganut agama Islam bertambah ramai. Kepesatan kemajuan
perkembangan Islam dan bertambahnya
pengikut Agama Islam ini ,menimbulkan perasaan dengki dan geram Musyrikin Makkah dan
mereka semakin memusuhi umat
Islam . Akhirnya mereka bertindak melangar Perjanjian Damai Hudaibiyah