I made this widget at MyFlashFetish.com.

About Me

My Photo
Muhd Maawardi Bin Ahmad
Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan [Pendidikan Islam/Bahasa Arab] Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
View my complete profile

Tuesday, 1 November 2011

PEMBUKAAN KOTA MAKKAH


Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Makkah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahiliyah. Sebelum Makkah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.
Setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Makkah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M.
Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M). Hudaibiyah ialah sebuah kampung yang terletak berhampiran Kota Makkah. Disinilah dimetrikan perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata di antara umat Islam dengan kafir Quraisy Makkah  dinamakan Perjanjian Hudaibiyah. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena tempat perjanjian tersebut termetri.

FAKTOR MENDORONG  RASULULLAH  DAN  SAHABAT KEMBALI KE MEKAH
1.      Perasaan rindu yang amat sangat terhadap keluarga, sanak saudara & tempat kelahiran mereka di Mekah ( setelah 6 tahun ditinggalkan)
  1. Kedudukan umat Islam sudah kuat dan  mantap setelah umat Islam berjaya mengatasi Musyrikin Quraisy dalam beberasa peperangan dan  mengatasi ancaman Yahudi di Madinah
  2. Rasulullah s.a.w.  telah bermimpi mengunjungi Baitullah,  bercukur rambut, mengambil anak kunci Baitullah & Wukuf di Arafah bersama-sama sahabat.
  3. Kekuatan Iman dan  azam umat Islam untuk menziarahi Baitullah

LATARBELAKANG TERMETRINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Pada 1 Zulkaedah tahun ke-6 hijrah Rasulullah s.a.w.  dan pengikutnya seramai 1400 orang berangkat ke Mekah dengan niat mengerjakan umrah. Apabila rombongan Rasulullah s.a.w. telah hampir ke Kota Mekah, pihak musyrikin Makkah telah menghantar wakilnya Budail bin Warqa' al Khuzai  untuk memberitahu bahawa  musyrikin Makkah telah bersedia dengan senjata untuk menghalang kemasukan rombongan Islam. Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Budail memaklumkan  semula kepada pihak Quraisy bahawa kedatangan kaum muslimin adalah untuk menziarah bukan untuk berperang  dan  Rasulullah s.a.w. juga berharap dapat diwujudkan perdamaian di antara kedua-dua belah pihak satu tempoh tertentu.

Musyrikin Makkah telah menghantar pula Urwah bin Masud untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan. Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Saidina Uthman bin Affan  untuk berunding dengan pihak kafir Quraisy. Beliau ditahan selama tiga  hari oleh pihak kafir Quraisy. Rasulullah s.a.w.  telah menerima berita bahawa Saidina Uthman telah dibunuh. Oleh itu Rasulullah s.a.w.  dan  rombongannya telah bermesyuarat  dan  bersetuju membuat sumpah setia untuk menuntut bela kematiah saidina Uthman.

Sumpah Setia ini dinamakan Bai'atur Ridhwan /  Bai'atus  Syajarah , Sempena tempat  janji setia itu  diadakan iaitu di bawah  pokok bernama  "Ridhwan"  ( Surah al Fath , ayat: 10). Setelah Musyrikin Makkah mengetahui keputusan rombongan Islam untuk membela kematian Saidina Uthman, mereka membuat keputusan membebaskannya semula. Pihak Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail bin  Amr utk berunding dengan Rasulullah s.a.w. bersetuju mengadakan perjanjian dengan pihak Islam di Hudaibiyah. Perjanjian ini dikenali  dengan nama Perjanjian Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya perjanjian tersebut .

Isi Perjanjian Hudaibiyah
  1. Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  2. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  3. Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  4. Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  5. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  6. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

KESAN PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH
  1. Orang Islam dan orang Kafir dapat berinteraksi antara satu sama lain
  2. Membuka peluang kepada umat Islam Madinah untuk menyusun strategi untuk membebaskan Makkah dari cengkaman jahiliyah
  3. Dapat menghindar dan mengelakkan pertumpahan darah antara kedua pihak
  4. Dakwah Islam dapat disebarkan  dengan bebas di Makkah dan  luar Makkah
  5.  Ramai orang kafir memeluk agama Islam secara terang-terangan.

Setelah memasuki Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. melakukan tawaf, mengucup Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Makkah yang pernah menentang Islam.

KESIMPULAN
Kesan perjanjian Hudaibiyah ini ternyata lebih menguntungkan Islam dan  merugikan pihak Musyrikin Makkah. Selepas dua tahun perjanjian damai Hudaibiyah ini dimeterai, penganut agama Islam bertambah ramai. Kepesatan kemajuan perkembangan Islam dan  bertambahnya pengikut Agama Islam ini ,menimbulkan perasaan dengki dan  geram Musyrikin Makkah   dan  mereka semakin  memusuhi umat Islam . Akhirnya mereka bertindak melangar Perjanjian Damai Hudaibiyah